Utama > CVT > Seri Wajah – Kecantikan Kulit dan Keseimbangan Deria

Seri Wajah – Kecantikan Kulit dan Keseimbangan Deria

SERI WAJAH merupakan produk yang digunakan bagi tujuan Rawatan berbagai penyakit melalui kecantikan kulit dan sistem kederiaan dengan menggunakan konsep Aromatherapy  dan dengan teknik Hidroterapi Ais (Terunggul dan pertama di dunia)Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will Power) secara semulajadi.

Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

Pati Bunga Yang Dirakam Semula Dengan Daya Magnetik

Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ‘ubat’ yang boleh menyembuhkan tetapi ia  bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi. Pati bunga melalui terapi magnetik yang merangsang semula aliran tenaga magnetik akan bekerja secara langsung pada bahagian yang sakit.

Pati bunga yang telah dimagnetikkan tidak memerlukan diagnosis untuk mengesan bahagian yang lemah kerana daya magnetiknya berupaya mengesan terus dan mencari sasaran kawasan yang lemah malah merawat punca kepada terjadinya penyakit. Ahli sains dan bijak pandai hari ini terpaksa mengakui bahawa badan kita yang disokong oleh berbagai struktur tulang terutamanya tulang belakang sebenarnya mengalirkan daya magnetik yang besar dan merupakan struktur yang terbina daripada beberapa unit magnet.

Seri Wajah mempunyai kadar gelombang yang sangat pendek bagi membolehkan setiap atom mampu dipengaruhi oleh deria. Perlu diingat daya magnetik tidak hanya mengalir di dalam atau di luar tubuh tetapi juga beredar di dalam medan magnet yang disebut aura.

Aura atau medan magnetik yang kuat terhasil daripada tubuh seseorang amat berpengaruh dan menguasai aura di persekitaran tubuh. Oleh itu, semua jenis unsur kehidupan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan akan ‘tunduk’ kepada kekuatan aura daripada tubuh seseorang yang bertenaga.

Bagaimana Seri Wajah Memainkan Peranan

Seri Wajah dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan. Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang thyroid untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.

Mengawal selera serta meningkatkan metabolisme bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing. Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran. Sebenarnya terdapat berbagai cara menerapkan semula daya magnetik dengan menggunakan pati bunga Seri Wajah kepada bahagian tubuh badan kita.

Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah berikut atau menurut keperluannya:

    • Sapuan 3 kali di wajah menggunakan tapak tangan dengan asas air bersama ais sebelum tidur pada waktu malam, boleh disertai dengan urutan ringan
    • Sapuan di seluruh tubuh sebelum tidur disusuli dengan berselimut di dalam ruangan atau bilik yang dingin dan gelap
    • Untuk mandian – Titiskan Seri Wajah ke dalam bekas air mandian (bersama ais), khususnya bagi bilasan-bilasan terakhir selepas mandi
    • Rendaman tubuh secara keseluruhan
    • Urutan ringan – menggunakan ais atau air sejuk bersama beberapa titik Seri Wajah pada bahagian yang diinginkan

      Anda juga boleh mencuci wajah dengan Tea-Tree Cleanser dan selepas dibilas, sapukan Seri Wajah ke seluruh muka termasuk bahagian ubun-ubun, belakang cuping telinga dan di bawah dagu. Kulit wajah anda lebih segar malah bercahaya dalam rahsia awet muda. Bukan itu sahaja, aura diri anda akan lebih bersinar mengiringi kehidupan anda. Penggunaan secara rutin dan berterusan bagi meningkatkan kepekaan sistem kederiaan di dalam meningkatkan psikologi atau mengatasi masaalah:

        Rasa percaya diri, Kepuasan jiwa, Iri hati – sedih, Curiga dan mudah tersinggung, Ragu-ragu, Ketidaksabaran, Menunda-nunda, Kejernihan dalam berfikir, Rasa benci dan dendam, Histeria, Perasaan kehilangan arah, Daya ingat, Konflik, Lesu, Rasa kebingungan, Rasa pengertian, Perasaan kosong


        Kelebihan Aromaterapi Seri Wajah

        Hanya manusia sahaja sebagai makhluk yang paling peka pada wangian, manakala syaitan/binatang/jin amat alah atau tewas pada wangian. Wangian Seri Wajah memiliki manfaat yang beragam 1001. Cara kegunaan mulai dari pertolongan mempertingkatkan ‘Sirr’/Dinding/Perisai halus sehingga membangkitkan perasaan riang dan memulihkan tenaga/stamina.Wangian Seri Wajah paling pantas dan tepat mengesan/menuju ke kawasan sasaran apabila digunakan. Bakteria akan terencat pada wangian. Manakala sel-sel hidup semula dengan wangian khususnya Seri Wajah.

      Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan atau membocorkan aroma/haruman tubuh yang paling semula jadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini. Kesannya, sistem imun tubuh menjadi lemah dan begitu banyak alahan dan serangan/jangkitan penyakit boleh berlaku.

      Harga Tawaran :

      RM72 / 10ml

      1. Tiada komen.
      1. No trackbacks yet.

      Tinggalkan Jawapan

      Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

      WordPress.com Logo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

      Twitter picture

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

      Facebook photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

      Google+ photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

      Connecting to %s

      %d bloggers like this: